Sunday, February 3, 2008

Nonsense...


Semakin hari, semakin banyak pula masalah yang timbul dalam hidup.. setiap individu tak boleh lari dari masalah... Walaupun kita membuat kesilapan tanpa disedari, ada sahaja yang tidak kena dari pandangan orang.. Apa yang berlaku pasti akan memberi pengajaran walaupun dalam keadaan sedar atau tidak sedar, sesuatu perkara yang berlaku mungkin berada di luar kawalan kita.. Itulah nasib, kepercayaan dan juga nilai sesuatu kebenaran.. Apa yang aku nak timbulkan disini ialah ego di dalam diri.. Memang setiap orang mempunyai ego yang tidak boleh ditepis.. Diakui, memang ada sikap seumpama itu dalam diri semua orang.. Kadang kala, sememangnya tidak boleh terima sikap yang sebegini, tetapi ia hidup dalam diri kita tanpa kita sedari..Juga dalam diriku sendiri... Aku menerima pandangan orang lain terhadap diriku.. Terima kasih semua.. Aku menghargai rakan2 disekeliling aku.. kepada orang yang menghargai aku, aku akan hargai kembali walau dengan apa cara sekalipun.. Mungkin sesetengah orang berpendapat cara yang kita lakukan adalah salah.. Akan tetapi daripada pandangan kita tidak salah sesuatu perkara itu dilakukan.. Apa yang disebut mungkin akan disedari oleh pelbagai pihak sebagai kiasan..tetapi ia adalah sesuatu yang betul2 terjadi.. Kenapa kita semua bersikap begini.. Ya sesuatu yang kita tak pernah kita jangkakan.. Bagi aku, aku mempunyai sebab sendiri why & kenapa berbuat demikian bagi sesuatu keadaan.. Dan kenapa pula harus perlu untuk menghebohkan seperti ayam bertelur sebiji heboh satu kampung.. Tidak..Tidak.. Bukan itu peribadi sebenar sesetengah orang.. Ya.. memang.. kita perlu mendengar pandangan orang lain untuk memperbetulkan diri kita.. Sesiapa yang tidak mahu menang.. Ada yang sanggup menerima kekalahan.. Dan ada pula yang tidak sanggup menrima kekalahan.. Sebelum apa2 terjadi, dan pandangan serta kata2 aku ini mengguris perasaan sesetengah pihak, biarlah aku memohon kemaafan dari semua orang.. dari hujung rambut sehingga hujung kaki.. Bagi diri aku.. cukuplah apa yang terjadi sebelum ini... Aku sudah fobia dengan segala dugaan yang kerap berulang.. Dan dugaan itu dalam situasi yang berbeza.. Cukuplah setakat ini.. Aku hanya mahu hidup aku senang dan hidup orang lain dan semestinya kawan2 yang telah banyak menolong aku.. Ya.. aku selalu terfikir kata2 dr salah seorang rakan aku.. Semua hati kena jaga.. Tetapi hati inilah yang banyak terguris.. Tidak mengapa asalkan rakan2 gembira... Walaupun diri ni rasa seperti hendak memberontak.. Itulah.. kadang2 ada juga kawan yang sanggup tolong bila diri dlm kesusahan.. ada yang lari dan mencemuh.. bukan senang nak cari kawan dan memang senang nak cari lawan.. Selalunya bukan kita yang pergi mencari.. ia datang dengan sendiri... Oleh itu, sentiasalah berpesan kepada diri kita ini.... ingatlah siapa diri kita yang sebenar..

0 comments: